Kelas Asas ICT

21 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 20 September 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas ICT iaitu mendedahkan cara penggunaan website kepada peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah. Kelas berlangsung selama dua (2) jam, iaitu bermula pada jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari.

Peserta telah didedahkan dengan penggunaan beberapa website berkenaan dengan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1. Selain itu, peserta diberi tunjuk ajar untuk cara menyimpan maklumat tersebut borang tersebut dalam komputer dan juga cara untuk mencetak borang tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali